BogosipoDah agak lama bersara dalam bidang ni.. entah kenapa hari ni teringat nak tulis balik.
Setelah terjerumus ke alam pekerjaan, aku kurang masa untuk semua ni. Kerja aku sibuk, sibuk memikirkan plan.. nampak jer duduk depan komputer tapi kerahan mentalnya memenatkan. Tiada komitmen sampingan tambahan pula tiada sesipa dalam hidup aku disini membuatkan aku banyak habis masa di periuk nasi, belajar benda baru - proses pembuatan, pengurusan sistem, politik pekerjaan dan perchentaan tiga segi... hahaha!
Duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Aku tak fikir aku gila duit, cuma gilakan ketengangan, ketulusan, kebahagiaan. Setenang melihat sawah nan menghijau selepas hujan di bawah lengkok sang pelangi. Ketulusan hati setulus chenta Taj Mahal tapi sayangnya dipersembahkan di dalam bentuk material yang menyeksakan ramai insan. Kebahagiaan yang halal lantas mendamaikan melalui cabaran-cabaran yang telah tertulis di dalam suratan takdir.
Perihal kerja. Korean memang memaksa, tapi dalam perspektif yang lain dia bantu sesama bangsa selepas dimaki dihamun, telus sikapnya. Mencari ilmu tak semudah yang disangkakan. Kita bagaimana? Ada kajian yang menunjukkan hanya 43% daripada orang kita yang boleh dipercayai. Satu angka yang kurang daripada separuh nilainya? Di manakah Islam Hadari yang kita laung-laungkan? Sebuah negara Islam tapi kurang 'penduduk Islam'. Aduh negaraku... sukarnya aku memberi kepercayaan.
Aku pulang dengan satu jenama baru.
Aku mencipta satu produk baru untuk Em yang mungkin sukar untuk dia dapati sebelum ini. Kurang pasti sama ada dia memahami atau sebaliknya terhadap jenama baru itu. Em mungkin tulus, hatinya kecil tidak seperti fizikalnya. Namun, berbunga aku dengan baja jenama Em. Em tipikal seperti jenis L yang lain pada mata aku walaupun matanya lain daripada yang lain. Rindu itu ada secebis tapi biarlah dipendam rahsia agar batasan itu terpelihara sehingga tiba waktunya.

Nothing's perfect. Not need to be soooo picky rite?
;)